Rabu, 14 Julai 2010

Bual Bicara Keluarga: Mendidik Anak-anak Menghormati Ibu Bapa

Tarikh: 3 Julai 2010
Tempat: Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam
Masa: 8.30 pg - 1.00 ptg
Peserta: Seramai 130 orang (Ibu Bapa dan Anak-anak)
Penceramah: En Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)









Isnin, 21 Jun 2010

Program Lawatan ke Bukit Cerakah

Alhamdulillah...

Program berjalan lancar + adik2 pun seronok...
Kami bertolak kira-kira pada jam 8.30 pagi dan tiba pada jak 8.45 pagi...
Perjalanan kami dekat sahaja dari Seksyen 7 ke Bukit Cerakah...
Alhamdulillah seramai 42 orang + 4 fasi = 46 orang semuanya...


Adik-adik nak solat zohor... Mereka kata ini pengalaman pertama solat dalam hutan...mm... solat itu wajib, kat mana-mana tempat bersihpun boleh solat...


Selesai solat mereka berzikir... semangat mereka semua berzikir... solat diimamkan oleh fasi (Ustaz Mohd Rafi)

Selesai solat adik2 bersalam-salaman...

Bergambar beramai-ramai...Peace no war!!

Ketika dalam bas mengelilingi sekitar Bukit Cerakah
Selepas turun dari bas

Khamis, 17 Jun 2010

Lawatan ke Bukit Cerakah (17 Jun 2010)

Alhamdulillah...

Selesai sudah program bersama adik2 ke Bukit Cerakah...

InsyaALLAH gambar dan cerita sepanjang program bakal menyusul...

Selasa, 18 Mei 2010

Selamat berjuang... Konvoi Palestin ke-5 bakal berlayar pula...

Assalamualaikum...

Dikongsikan...

Senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.
Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:
1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
4. Dr Selamat Bin Aliman
5. Jamuliddin Bin Elias
6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran rakan media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, I Luv Islam dan TV3.

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

Sdr Noorazman menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memperbanyakkan doa dan munajat. Beliau juga bagi pihak peserta-peserta konvoi dari Malaysia memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

“Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami dan bantulah keluarga kami.”

Untuk maklumat lanjut boleh melayari link di bawah:
http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/15/peserta-konvoi-dari-malaysia-diumumkan/

Selamat Berjuang kepada semua peserta konvoi, semoga beroleh ganjaran yang besar disisi ALLAH S.W.T... dari Pertubuhan Mawaddah Malaysia..

"Hidup Mulia atau Mati Syahid"

Rabu, 12 Mei 2010

Dikongsikan gambar sempena 'Perhimpunan Perdana LL4Gaza' di Stadium Melawati, Shah Alam

Yg Bhg Datin Noraini Md Top bersama wakil dari NGO lain yang turut hadir pada malam itu.

Setelah selesai solat maghrib berjemaah di dalam Stadium Melawati, Shah Alam.

Yg Bhg Dato' Safaruddin Hj Muhd Sidek selaku Penaung PMM (berkemeja biru) dan Presiden HALUAN Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman (sedang berdiri dan memakai mafla) serta barisan wakil-wakil NGO yang hadir.

Timbalan Pengerusi PMM, Datin Noraini bt Md Top bersama Unit Pembelaan Rakyat Palestin, PMM Pn Norlena bt Nann.
Konsert nasyid (antara yang membuat persembahan ialah Muadz, Dai'e, Inheart, Raihan, Shoutul Harakah)

Sebahagian daripada orang awam yang hadir memberi sokongan.

Khamis, 6 Mei 2010

PALESTINE IS OURS!!!


Ayuh kita...ramai2 ke Stadium Melawati, Shah Alam (8 Mei 2010, 7 mlm)

Sama2 memperjuangkan nasib saudara kita dan tanah suci umat Islam dari dimusnahkan musuh2 ALLAH...

BREAK THE SIEGE!!!

Rabu, 5 Mei 2010

PERHIMPUNAN PERDANA LIFELINE FOR GAZA


Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 5.00ptg hingga 11.30mlm

Ayuh tambah saham akhirat...

Tabung Palestin HALUAN (Maybank 5-644-902-085-28)