Selasa, 18 Mei 2010

Selamat berjuang... Konvoi Palestin ke-5 bakal berlayar pula...

Assalamualaikum...

Dikongsikan...

Senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.
Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:
1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
4. Dr Selamat Bin Aliman
5. Jamuliddin Bin Elias
6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran rakan media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, I Luv Islam dan TV3.

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

Sdr Noorazman menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memperbanyakkan doa dan munajat. Beliau juga bagi pihak peserta-peserta konvoi dari Malaysia memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

“Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami dan bantulah keluarga kami.”

Untuk maklumat lanjut boleh melayari link di bawah:
http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/15/peserta-konvoi-dari-malaysia-diumumkan/

Selamat Berjuang kepada semua peserta konvoi, semoga beroleh ganjaran yang besar disisi ALLAH S.W.T... dari Pertubuhan Mawaddah Malaysia..

"Hidup Mulia atau Mati Syahid"

Rabu, 12 Mei 2010

Dikongsikan gambar sempena 'Perhimpunan Perdana LL4Gaza' di Stadium Melawati, Shah Alam

Yg Bhg Datin Noraini Md Top bersama wakil dari NGO lain yang turut hadir pada malam itu.

Setelah selesai solat maghrib berjemaah di dalam Stadium Melawati, Shah Alam.

Yg Bhg Dato' Safaruddin Hj Muhd Sidek selaku Penaung PMM (berkemeja biru) dan Presiden HALUAN Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman (sedang berdiri dan memakai mafla) serta barisan wakil-wakil NGO yang hadir.

Timbalan Pengerusi PMM, Datin Noraini bt Md Top bersama Unit Pembelaan Rakyat Palestin, PMM Pn Norlena bt Nann.
Konsert nasyid (antara yang membuat persembahan ialah Muadz, Dai'e, Inheart, Raihan, Shoutul Harakah)

Sebahagian daripada orang awam yang hadir memberi sokongan.

Khamis, 6 Mei 2010

PALESTINE IS OURS!!!


Ayuh kita...ramai2 ke Stadium Melawati, Shah Alam (8 Mei 2010, 7 mlm)

Sama2 memperjuangkan nasib saudara kita dan tanah suci umat Islam dari dimusnahkan musuh2 ALLAH...

BREAK THE SIEGE!!!

Rabu, 5 Mei 2010

PERHIMPUNAN PERDANA LIFELINE FOR GAZA


Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 5.00ptg hingga 11.30mlm

Ayuh tambah saham akhirat...

Tabung Palestin HALUAN (Maybank 5-644-902-085-28)

Isnin, 26 April 2010

Laporan Program Motivasi Kecemerlangan Adik Bijak Soleh II

Alhamdulillah...

Selesai sudah program...

bersama dengan ini disertakan gambar sepanjang program...



Setelah sampai ke tempat program, peserta mendengar taklimat program dan sesi ice breaking

Menuju ke tapak khemah

Pihak kem kem menunjukkan cara-cara memasang khemah

Peserta mencuba bakat memasang khemah


Khemah yang telah siap dipasang

Slot Muhasabah diri...

Selasa, 9 Mac 2010

Program akan datang...

Program Motivasi Kecemerlangan Adik Bijak Soleh II

Nantikan pada 27 dan 28 Mac 2010....

Terbuka kepada anak-anak penduduk sekitar seksyen 7, Shah Alam sahaja...

Tiada yuran dikenakan...

Rabu, 24 Februari 2010

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN ADIK BIJAK DAN SOLEH

Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Seksyen 8, Shah Alam
Anjuran : Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 dan Kersani Training Centre.
Peserta : 40 orang (terdiri dari anak-anak berumur 9-12 tahun, warga Pangsapuri Nilam Sari)

Alhamdulillah usai sudah Program Motivasi Kecemerlangan Adik Bijak dan Soleh...

Seramai 40 orang peserta yang terlibat dengan 5 orang fasi yang mengendalikan program pada hari tersebut.

Para peserta tiba di tapak program (Taman Padi) pada jam 8.20 pagi dan pada jam 8.30 pagi pula para fasi dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Mawaddah Malaysia iaitu Datin Nor'ini Md Top bersama Dato' Safaruddin b Hj Muhd Sidek selaku Penaung Pertubuhan Mawaddah Malaysia tiba.

Seterusnya pada jam 9.00 pagi program pun bermula, keseluruhan modul adalah daripada pihak Kersani Training Centre. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Kersani Training Centre di atas kesudian dan kerjasama mengendalikan program ini.

Suasana program tergugat sedikit dengan kehadiran "monyet-monyet"... Adik-adik semuanya terganggu kerana kehadiran mereka tetapi mujurlah para fasi berjaya mengawal situasi supaya adik-adik masih tetap berada dalam mood program..

Alhamdulillah...
Program ini sedikit sebanyak menyedarkan adik-adik tentang peranan mereka sebagai anak, pelajar dan sebagai hamba ALLAH. Adik-adik ini semoga tetap terus di jalan kebaikan...Ya ALLAH peliharalah mereka...

Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak, namun sebagai umat Islam ALLAH mengingatkan kita melalui Kitab suci Al-Quranul karim tentang tujuan kehidupan kita di atas dunia ini sebagai khalifah dan sebagai hamba yang mengabdikan diri padaNYA.

seharusnya tugas membentuk generasi soleh wa musleh ini dirasakan setiap dari kita. Tugas ini adalah tugas kita semua... Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH, tapi kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkannya...

InsyaALLAH Pertubuhan Mawaddah Malaysia akan mengdakan program motivasi kecemerlangan buat anak-anak remaja sekolah menengah rendah, nantikan hebahan seterusnya...