Pertubuhan Mawaddah Malaysia (0693-06-SEL) Unit 5A, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Email : pertubuhan_mawaddah@yahoo.com. Blog : http://pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com/ No.Telefon:019-2320650/019-2156457/012-2772105
Rabu, 24 Februari 2010
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN ADIK BIJAK DAN SOLEH
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Seksyen 8, Shah Alam
Anjuran : Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 dan Kersani Training Centre.
Peserta : 40 orang (terdiri dari anak-anak berumur 9-12 tahun, warga Pangsapuri Nilam Sari)
Alhamdulillah usai sudah Program Motivasi Kecemerlangan Adik Bijak dan Soleh...
Seramai 40 orang peserta yang terlibat dengan 5 orang fasi yang mengendalikan program pada hari tersebut.
Para peserta tiba di tapak program (Taman Padi) pada jam 8.20 pagi dan pada jam 8.30 pagi pula para fasi dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Mawaddah Malaysia iaitu Datin Nor'ini Md Top bersama Dato' Safaruddin b Hj Muhd Sidek selaku Penaung Pertubuhan Mawaddah Malaysia tiba.
Seterusnya pada jam 9.00 pagi program pun bermula, keseluruhan modul adalah daripada pihak Kersani Training Centre. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Kersani Training Centre di atas kesudian dan kerjasama mengendalikan program ini.
Suasana program tergugat sedikit dengan kehadiran "monyet-monyet"... Adik-adik semuanya terganggu kerana kehadiran mereka tetapi mujurlah para fasi berjaya mengawal situasi supaya adik-adik masih tetap berada dalam mood program..
Alhamdulillah...
Program ini sedikit sebanyak menyedarkan adik-adik tentang peranan mereka sebagai anak, pelajar dan sebagai hamba ALLAH. Adik-adik ini semoga tetap terus di jalan kebaikan...Ya ALLAH peliharalah mereka...
Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak, namun sebagai umat Islam ALLAH mengingatkan kita melalui Kitab suci Al-Quranul karim tentang tujuan kehidupan kita di atas dunia ini sebagai khalifah dan sebagai hamba yang mengabdikan diri padaNYA.
seharusnya tugas membentuk generasi soleh wa musleh ini dirasakan setiap dari kita. Tugas ini adalah tugas kita semua... Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH, tapi kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkannya...
InsyaALLAH Pertubuhan Mawaddah Malaysia akan mengdakan program motivasi kecemerlangan buat anak-anak remaja sekolah menengah rendah, nantikan hebahan seterusnya...
Khamis, 4 Februari 2010
Program Motivasi Sempena Sumbangan 'Back to School'
8.00 pagi - Ketibaan para tetamu
Terima kasih diucapkan kepada ustaz dan keluarga di atas kesudian memberikan perkongsian kepada kami. Di satu ketika apabila seorang ibu bertanya kepada ustaz sewaktu sesi soal jawab selepas ceramah di mana soalannya berbunyi begini ”Bagaimana hendak melembutkan hati anak?”. Ustaz pun menjawab ”Itulah menjadi persoalan saya dan isteri”.
Seterusnya ustaz menyambung bahawa bagaimana setiap anak-anak itu cermin bagi kedua ibu bapanya. Bagaimana ibu dan bapanya begitulah anaknya....
Bagaimana Rasulullah s.a.w begitulah Fatimah az-zahra...
Bagaimana Saidina Abu Bakar begitulah Asma’....
Bagaimana kita juga begitulah anak kita...
Sudahkah kita solat dengan sempurna...
Sudahkah kita bangun qiamullail di sepertiga malam...
Sudahkah kita istiqamah berpuasa kerana ALLAH...
Sudahkah kita membayar zakat dari hasil pendapatan kita...
Sehinggakan kita layak mendapat anak yang soleh...
Ianya bermula seawal mencari pasangan lagi...
SubhanALLAH...
Dapat diperhatikan para ibu dan tetamu yang lain termenung sejenak... begitu payah untuk mendapat sesuatu yang amat bernilai dari ALLAH. Memohon ALLAH memberikan kita zuriat yang soleh kita dululah harus soleh...Bagaimana kita tidak soleh tapi mempunyai anak yang soleh, pasti celaru dan keliru anak tersebut.
Ada juga terjadi di mana anak-anak setelah diberi taufiq dan hidayah menjadi anak yang soleh walaupun tinggal dalam keluarga yang belum secukupnya mengamalkan Islam.
Tapi adakah itu bakal terjadi kepada anak kita...
Bukan kita yang menentukannya kita hanyalah berusaha dan sebaik-baik pemberi balasan itu adalah ALLAH.
Namun sebagai ibu bapa kita boleh berusaha semampu mungkin mewujudkan suasana yang soleh dan islamik dalam keluarga. Usah pandang ke belakang ayuh mulakan langkah sekarang membina kehidupan yang sejahtera dan bahagia dengan berpandukan al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. .
Sekadar berkongsi.
Semoga kita semua dipandu olehNYA menuju JANNAH yang kekal abadi....
Pagi yang cerah...
Sabtu...
Waktu cuti begini sangat dirasakan ni’matnya bagi orang yang hari-hari lainnya sibuk bekerja mencari nafkah…
Bagi kanak-kanak pula waktu inilah mereka nantikan untuk bermain bersama rakan-rakan tanpa larangan dan sekatan asal saja ibu dan ayah benarkan. Di sekolah hanya waktu rehat sahaja mereka dapat bermain tidakpun curi-curi main sewaktu guru tiada di dalam kelas. Kalau bermain seharianpun mereka tidak kisah kerana memang kanak-kanak lumrahnya begitu. Mereka belajar dengan bermain. Namun pemantauan dari ibu bapa amat perlu pada tahap ini supaya mereka tidak tersasar ke landasan yang salah apabila menuju dewasa kelak.
Tapi bagaimana pula dengan anak-anak remaja kita?
Di mana mereka?
Siapa rakan-rakan anak remaja kita?
Apa yang sedang mereka lakukan pada ketika ini?
Mudah-mudahan kita di beri hidayah dan taufiq dariNYA dalam mendidik amanah kurniaan Ilahi ini.
Salam ziarah...
Setelah sekian lama blog Pertubuhan Mawaddah Malaysia tidak diselenggara kerana beberapa masalah. Akhirnya kini kembali ke medan maya untuk berkongsi cerita dan pengalaman dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. Semoga ada manfaatnya bersama.