Rabu, 24 Februari 2010

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN ADIK BIJAK DAN SOLEH

Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Seksyen 8, Shah Alam
Anjuran : Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 dan Kersani Training Centre.
Peserta : 40 orang (terdiri dari anak-anak berumur 9-12 tahun, warga Pangsapuri Nilam Sari)

Alhamdulillah usai sudah Program Motivasi Kecemerlangan Adik Bijak dan Soleh...

Seramai 40 orang peserta yang terlibat dengan 5 orang fasi yang mengendalikan program pada hari tersebut.

Para peserta tiba di tapak program (Taman Padi) pada jam 8.20 pagi dan pada jam 8.30 pagi pula para fasi dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Mawaddah Malaysia iaitu Datin Nor'ini Md Top bersama Dato' Safaruddin b Hj Muhd Sidek selaku Penaung Pertubuhan Mawaddah Malaysia tiba.

Seterusnya pada jam 9.00 pagi program pun bermula, keseluruhan modul adalah daripada pihak Kersani Training Centre. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Kersani Training Centre di atas kesudian dan kerjasama mengendalikan program ini.

Suasana program tergugat sedikit dengan kehadiran "monyet-monyet"... Adik-adik semuanya terganggu kerana kehadiran mereka tetapi mujurlah para fasi berjaya mengawal situasi supaya adik-adik masih tetap berada dalam mood program..

Alhamdulillah...
Program ini sedikit sebanyak menyedarkan adik-adik tentang peranan mereka sebagai anak, pelajar dan sebagai hamba ALLAH. Adik-adik ini semoga tetap terus di jalan kebaikan...Ya ALLAH peliharalah mereka...

Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak, namun sebagai umat Islam ALLAH mengingatkan kita melalui Kitab suci Al-Quranul karim tentang tujuan kehidupan kita di atas dunia ini sebagai khalifah dan sebagai hamba yang mengabdikan diri padaNYA.

seharusnya tugas membentuk generasi soleh wa musleh ini dirasakan setiap dari kita. Tugas ini adalah tugas kita semua... Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH, tapi kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkannya...

InsyaALLAH Pertubuhan Mawaddah Malaysia akan mengdakan program motivasi kecemerlangan buat anak-anak remaja sekolah menengah rendah, nantikan hebahan seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan