Khamis, 4 Februari 2010

Program Motivasi Sempena Sumbangan 'Back to School'

Alhamdulillah selesai sudah program sumbangan 'Back to School' anjuran Majlis Perwakilan Penduduk zon 3 dengan kerjasama Pertubuhan Mawaddah Malaysia di Dewan Melur seksyen 7, Shah Alam. Seramai 100 orang peserta yang dijemput hadir, sekitar 30 orang menghadirkan diri. Alhamdulillah masih ada yang datang...

Tahniah pada yang hadir kerana dengan susah payah menepis segala hambatan dan halangan yang datang untuk menghadiri majlis ilmu dan amal pada hari itu. Program ini diadakan untuk meraikan penerima sumbangan 'Back to School' yang berupa pakaian dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak yang memerlukan disamping berkongsi ilmu melalui ceramah motivasi yang diadakan. Bersama dengan ini disertakan tentatif program tersebut:


8.00 pagi - Ketibaan para tetamu

8.30 pagi - Minum pagi

9.00 pagi - Ucapan kata-kata aluan oleh Y.B. Datin Noraini bt Md Top

9.20 pagi - Tayangan multimedia

9.30 pagi - Slot ceramah motivasi

11.00 pagi - Penyampaian sumbangan “BACK TO SCHOOL”

12.00 tengahari - Makan tengahari

1.00 petang - Bersurai


Acara kemuncak pada hari tersebut adalah program motivasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Miftahuddin bin Kamil dari Damansara. Ceramah yang disampaikan adalah bertajuk ’apa itu sekolah?’ ustaz telah membawa para ibu bapa yang hadir menghayati ajaran Islam dalam mendidik anak-anak. Pendekatan yang bersahaja dan humor telah memberi kesan kepada tetamu yang hadir.


Terima kasih diucapkan kepada ustaz dan keluarga di atas kesudian memberikan perkongsian kepada kami. Di satu ketika apabila seorang ibu bertanya kepada ustaz sewaktu sesi soal jawab selepas ceramah di mana soalannya berbunyi begini ”Bagaimana hendak melembutkan hati anak?”. Ustaz pun menjawab ”Itulah menjadi persoalan saya dan isteri”.


Seterusnya ustaz menyambung bahawa bagaimana setiap anak-anak itu cermin bagi kedua ibu bapanya. Bagaimana ibu dan bapanya begitulah anaknya....

Bagaimana Rasulullah s.a.w begitulah Fatimah az-zahra...

Bagaimana Saidina Abu Bakar begitulah Asma’....

Bagaimana kita juga begitulah anak kita...


Sudahkah kita solat dengan sempurna...

Sudahkah kita bangun qiamullail di sepertiga malam...

Sudahkah kita istiqamah berpuasa kerana ALLAH...

Sudahkah kita membayar zakat dari hasil pendapatan kita...

Sehinggakan kita layak mendapat anak yang soleh...

Ianya bermula seawal mencari pasangan lagi...


SubhanALLAH...


Dapat diperhatikan para ibu dan tetamu yang lain termenung sejenak... begitu payah untuk mendapat sesuatu yang amat bernilai dari ALLAH. Memohon ALLAH memberikan kita zuriat yang soleh kita dululah harus soleh...Bagaimana kita tidak soleh tapi mempunyai anak yang soleh, pasti celaru dan keliru anak tersebut.

Ada juga terjadi di mana anak-anak setelah diberi taufiq dan hidayah menjadi anak yang soleh walaupun tinggal dalam keluarga yang belum secukupnya mengamalkan Islam.

Tapi adakah itu bakal terjadi kepada anak kita...

Bukan kita yang menentukannya kita hanyalah berusaha dan sebaik-baik pemberi balasan itu adalah ALLAH.

Namun sebagai ibu bapa kita boleh berusaha semampu mungkin mewujudkan suasana yang soleh dan islamik dalam keluarga. Usah pandang ke belakang ayuh mulakan langkah sekarang membina kehidupan yang sejahtera dan bahagia dengan berpandukan al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. .


Sekadar berkongsi.


antara tetamu yang hadir...

Ustaz dan keluarga...

Semoga kita semua dipandu olehNYA menuju JANNAH yang kekal abadi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan